Khilafah

Sunday, December 9, 2012

semakin ~

Semakin hari , semakin sibuk ..
dgan macam2 hal ..
kelas2 tambahan nya , talaqqi nya , pr0gram2 nya , bahas2 nya ..
dgn macam2 klas lg yg ' student2 arab ' tawarkan kat scara percuma kat kmi , baik sungguh hati dorg !!
sehingga jd kalut , xtau nak pegi mna satu ..byak sungguh !!
partner lme da x jmpe , sbenarnya ..bru sekali jmpe , hehe :)
huhu , tp best ..
menuntut ilmu mmg best ..
yg pling gerun sekarang ne , ..imtihan nihaie dan presentation !!
wuaaaaaaaaaaa ~
Semoga dipermudahkan , Aminn ~

Allahuma yassir wala tu'assir ..

Monday, November 26, 2012

sedih,kecewa,sume ade ..tp blajar dari kesilapan ..

Assalamualaikum sume !!

es0k imtihan Madkhol ..saya klau bole nak la buat yg terbaik kan ..sebab kecewa sesangat lepas dpt paper Madah Ulum hadis arituu ..sgt2 d0wn markah saya ..sedih yg teramat ..sehinggakan saya amat malu nak tgok markah tu sendiri , apatah lg nak bgtau kawan2 kan ..huhu ;'(
Sory la pren ..bukn ape , cuma markah tu xde apa2 manfaat pun kalau bgtau kat korg sume ..xde semangat pun kalau dah tau markah saya berapa ..
erm , ntah la ..nak kate x blaja , blaja gak ..cuma mmg x brape nak pham la madah tuu ..
Harap2 , soalan madkhol fiqh islami esok agak senang ckit ..saya x nak pisang berbuah dua kali , huhu ..


Malu ke kalau gagal ??
 memang la malu weh ..tp saya akan jadikan kegagalan masa sekarang sebagai pengajaran buat diri sendiri ..
Sebelum ni , saya pernah berada di bawah ..pastu masuk form 4 , saya kembali bangkit ..kerana saya sedar tahun depannya saya akan menduduki SPM , yang kebanyakan orang akan ckap itulah peperiksaan penentu masa depan , tp hakikatnya ,.. x sama sekali !! ..dalam kelas , bole la dikatakan saya sentiasa berada di atas ..( bukan nak bermegah , cuma nak muhasabah diri )bangga ke saya ?? ntah la , kalau bole perasaan tu perlulah di elakkan ..kerana dlm menuntut ilmu ni , semakin byak ilmu kte dapat ..sepatutnya semakin kita perlu merendah diri ..sbb kita sedar , MasyaAllah ..kayanya ALLAH itu ..ilmu kita ni xkan menandingiNYA ..
Betul la kan org ckap , dunia ni bagaikan roda .., akan sentiasa berputar ..jangan berbangga diri sangat ,.. kejap kita akn berada dia atas , kejap kita akan berada di bawah ..

ok , sekian sahaja entry kali ni ..nak sambung blajar balik ..meskipun jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi ..tp akan saya gagahkan jugak diri ni , hoho ..( padahal nak tido da , mata dah lebam )

Doakan saya dpt menjawab dengan tenang esok , dan apa yg saya blajar mudah-mudahan akan diingati sampai bila2 ..sebab kita blajar ni bukn sebab exam , tp niatkan la di hati blajar keranaNYA ,ingin menuntut ilmu2NYA ..InsyaAllah , kejayaan akan sentiasa bersama kita jika DIA izinkan .., Aminn .. ( nasihat buat diri sendiri ) moga2 soalan yg mudah Dr.Usamah beri , Aminn ..hehe ..

Wallahu'alam , moga bermanfaat :)

Friday, November 23, 2012

Pendekatan ISLAM , Ad-Din ku ..

Assalamualaikum sume !! 

Di mana nilai ISLAM pada diri kita ???
Saya terasa mau menulis tentang ni selepas habis je mengikuti Usrah kecil-kecilan yg x dirancang , tp Insya Allah dlm perancanganNYA , Aminn ..yg disampaikan 0leh 2 0rg kakak daripada JUST ( Jordan University of Science and technology ) btul ke ?? hihi ..yg dtg menyinggah ke rumah kmi .. kak Nad & kak ily klau x silap ..x brape nak ingat , h0h0 ..erm , ye !! balik2 usrah kan ..memang benar , untung sangat kalau dpt belajar kat bumi syam ni , sebab orang2 nye sume berkobar-kobar nak menyampaikan ilmu yang diperolehi sepanjang hidupnye .. kerana salah satu sifat Rasulullah adalah TABLIGH , iaitu menyampaikan .. 'Sampaikanlah walaupun satu ayat' 

Memang banyak isu yang diketengahkan dalam Majlis ilmu malam tadi .. salah satu yang menarik adalah mereka bercerita tentang pengalaman mereka sebelum jadi 'Baik' ..ye !! manusia lebih banyak belajar dari kesilapan ..setiap orang ade pengalaman masing2 kan ..xkira la pahit atau manis ..begitulah asam garam kehidupan , hihihi ..

Walaupun bergelar budak JUST , yang mungkin x berapa nak banyak belajar soal ilmu2 agama ..tp pada hakikatnya mungkin mereka lebih mengenal Islam tu sendiri berbanding pelajar2 jurusan agama ni , like me , urm ..cuma pandangan 0k !! chill ..menurut mereka , matlamat utama nak dtg menuntut ilmu kat Jordan ni sebab nak jadi BAIK !! ..nak ubah gaya hidup , nak jadi se0rang muslim sejati di sisi Allah S.W.T ..mcm saye jgak , matlamat nak dtg cni sebab ingin lebih mengenali Islam tu sendiri ..supaya penghayatan terhadap Islam tu lebih mendalam ..bukan sekadar hnya pada surat beranak , IC semata-mata ..tp gaya hidup x seperti orang Islam ..

Dengarlah penyampaian ilmu seseorang tu tanpa mengira siapakah dia .., walaupun hnya sekadar budak kecil yg baru nak mengenal dunia ..ambillah ape yg baik , buanglah ape yg x brape baik ..kerana "sesempurna kte ..x semestinye lengkap" !! ..Manusia zaman sekarang sering memandang pada kelabuhannya tudung ..suka melabel sesuka hati ..sebab tu la kalau wanita yg bertudung labuh , tambah2 lg berpurdah dan berniqab..melakukan sekuman kecil pun kesalahan , mereka akan dipandang seperti membuat kesalahan yg patut dijatuhkan hukuman gantung ..Jadi , kesimpulannye kat cni ..jagalah perangai kmu , jangan smpai ia mencemarkan pemakaian kmu ..manusia kat dunia ni ramai , susah kte nak kawal semuanye ..cukuplah kawal diri sendiri sebelum mengawal 0rang sekeliing ..

Wallahu'alam , apa yg baik dtg daripada Allah ..yg buruk dtg daripada diri saya sendiri ..

Biar mulut tak banyak bicara , tapi hati mendengar seribu bahasa ..
salam kasih dan sayang daripada saya :)








Friday, November 2, 2012

Peristiwa Israk Mikraj

Tengah cari maklumat kat internet berkenaan h0mework yg diberi dokt0r ..ana jumpa maklumat ni , so nak kongsilah ngan antum antunna semua ..

ISRAK MIKRAJ: URUTAN RINGKAS PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM ISRAK MIKRAJ KE ATAS RASULULLAH SAW 

Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad SAW. Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi. Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu ada yang terus membenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan ada pula yang bersikap menolak terus cerita nabi dan kembali murtad daripada Islam. Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi Isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan.

Sejarah Perjalanan Israk Mikraj


Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa) 


Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah SAW ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah) Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :

I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.

III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan).  Dalam perjalanan itu juga Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib, antaranya:-

A. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan
sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

B. Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

C. Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

D. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata  Jibrail Itulah orangorang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

E. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.

F. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

G. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah  orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

H. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. I. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

J. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat.

K. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

L. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai tua.

M. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat  dengan segala anbia’, aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pada suatu tika Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

a) Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu jumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

b) Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

c) Langit Ketiga: Baginda naik langit ketiga dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

 d) Langit Keempat: Baginda naik tangga keempat dan bertemu dengan Nabi Idris AS.

e) Langit Kelima: Baginda naik tangga kelima dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.

f) Langit keenam: Baginda naik tangga langit keenam dan bertemu dengan nabi-nabi.

g) Seterusnya dengan Nabi Musa AS, Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk 70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

h) Langit Ketujuh : Baginda naik tangga langit keyujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW Nabi Ibrahim AS bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda :
“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu : Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.

i) Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

j) Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan  pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.

k) Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke  syurga dan melihat neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya.

l) Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk  pokok Sidratul- Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya. m) Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya.

Allah SWT: Ya Muhammad

Rasullah: Labbaika

Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah: Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati.
Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah SWT : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu
dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”. Aku berikan  habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu) sembahyang.
  • Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian nabi AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak 50 waktu juga. 
Selepas Mikraj 

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-  Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke  Mekah pada malam yang  sama. 

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh  fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa  dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang  diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Persoalannya di sini, mengapa Allah  tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di 
Masjid al-Aqsa? Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya  terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi  Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh  dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama  surah al-Israk. Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat 
di kalangan para anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu  kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum  atau bangsa tertentu, malah  buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang  menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk  bernama manusia.  Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu  Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid  al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid alHaram hingga ke hari ini.  

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat  Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia  ada kaitan dengan persoalan akidah mereka. Pengajaran kedua terpenting menerusi  peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan  mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga  tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat. Apabila solat seseorang itu beres dengan  Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang  muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua  masjid yang disebutkan di atas. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan  penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia  terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan  peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran. Wallahua’lam. 








Thursday, November 1, 2012

Cinta Monyet ~

Hye !! Assalamualaikum sume ~

dkat2 nak exam ne , mmg xde niat nak p0st ape2 ..tp lpas terbaca stu post kat bl0g ust ne , http://ustazlove.com/blog/2011/04/cinta-monyet/#comment-25090 ..rase tertarik plak nak k0ngsi ngan antum antunna sume ..

Post ust ne berkisahkan perihal CINTA MONYET ..haaa , menarik ke ??

Daripada pembacaan ana , Istilah cinta monyet ini datang daripada orang2 tua yang membuat pemerhatian kepada monyet.. Sikap monyet ni sangat hyper-active.. kejap lompat sana, lompat sini.. mcm beruk kena belacan.. beruk dengan monyet tu sama la kan..


Selain itu monyet ini jika suka sesuatu benda, dia akan sentuh2 sket, lepas tu biar.. makan2 sket, lepas tu buang yg selebihnya.. Begitulah digambarkan situasi cinta monyet ni..
Pegang2, sentuh2.. lepas tu putus.. Pegang2, sentuh2.. putus lagi..

Akhirnya, seorang wanita yang tak menjaga dirinya, bakal menerima sentuhan berpuluh2 lelaki yang menjatuhkan maruahnya.. Itu kalau jenis monyet yg suka main2.. Kalu jenis monyet ganas, maka cinta monyet itu bakal menyebabkan wanita tergadai maruah.. Akibat main2 cinta, akhirnya jadi perkara serius..

Makanya di sini , peliharalah diri kita semua agar x jadi mangsa m0nyet2 seperti ini ..hehe

Jadi , cinta apa agaknya yang bukan jenis cinta monyet ?? Itu memang sukar utk dipastikan ..

Tapi yg pastinya ,  cinta lepas kahwin itulah cinta seorang manusia.. cinta yg bebas daripada noda dan dosa..  ;)

Wassalam =D

Thursday, October 25, 2012

Aidil Adha di Perantauan


Assalamualaikum Cinta ~

Pada malam aku menulis entry ne , nak tau x malam ape ?? Malam takbir hari raya Aidil Adha ..
hmm2 , first tyme ne aku beraya s0rg2 , tnpa family .. huhu .. rase nak :'(  ..tp , aq nangis ?? pecaye ? b0le ke ? ntah la ..haha ..

Tadi aku baru je balik dr Iftar Jama'ie , kat Bayt Farid ..Sweileh , Amman , Jordan ..Sungkai  (berbuka , dlm bhasa sabah) berlaukkan sup ayam ngan nasi g0reng ..Perghh !! Menyelerakan ..syukur Alhamdulillah , rezeki kue masih sampai hingga hari ini .. npe puasa hari ne ?? haa , nak tau x ..hari ne kmi p0se sunat Arafah .. Ganjaran bg Puasa Arafah sgt besar ..iaitu diampunkan d0sa setahun sebelum dan selepas ..amat2 rugi bg mereka yg x berpuasa pada hari ini ..


Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Gambar Hiasan

Di saat tetamu-tetamu Allah di Tanah Suci sedang beribadat ketika wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, kita yang tidak berkesempatan untuk melaksanakan haji, bolehlah melakukan puasa hari arafah. Puasa sunat Hari Arafah adalah khas untuk mereka yang tidak pergi menunaikan haji. Lihat ini > 

http://www.awanpagi.com/kelebihan-fadhilat-puasa-sunat-hari-arafah/

So , pas ne ..marilah kte sama2 mengamalkan Puasa Sunat Arafah pd setiap tahun ..Jika se0rg perempuan yg amat berkeinginan untuk puasa pd hari tersebut , tetapi Allah S.W.T telah dtgkan keuzuran kepadanya , maka dia akan diberikan Pahala seperti dia berpuasa ..




Ni Family2 aku ..Salam Aidil Adha k0rg sume , ..mesti malam ne d0rg sibuk masak-memasak ..apa lah juadah yg umi sediakan tahun ne yerk ?? hee ..es0k kmi penduduk Malaysia di Amman , Jordan ..akan menyambut Aidil Adha tahun ini bersama2 ..PPMA adalah keluarga kmi d cni ..walaupun family kmi sume kat Malaysia , tp di cni kmi adalah adik-beradik ..kmi akan s0lat Aidil Adha es0k d masjid berdekatan umah msing2 ..n then akan bert0lak ke Bayt Farid utk melaksanakan sembelihan k0rban dan berg0t0ng-royong ..harap2 , sume nye akan berjalan dengan lancar ..Terima kasih kpd PPMA Jordan kerana telah bertungkus-lumus menyediakan persiapan raya dan Seminar2 yg amat bermanfaat utk kmi semua .. Amman mmg yg terbaik !! <3 <3

Tahun ni rayaku di Perantauan ..first tyme tnpa family plak tuu ..hmm2 ..tp x pe ..sbb Aidil Adha ( hari raya korban ) tu sendiri bererti Peng0rbanan ..iaitu sempena Pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap anaknya , Nabi Ismail .. Lihat ni  >>



Sayu sekali hati ini ..mendengar takbir hari raya ..amat berbeza dengan tahun2 sebelumnya ..Sem0ga hari kita selepas ini akan menjadi lebih baik dari hari sebelumnya ..x tau nak pkai bju pe es0k ?? haha .. Wallahu'alam ..

http://www.youtube.com/watch?v=IXikddY178w


Tuesday, October 23, 2012

Rasminya aku sbg plajar Universiti of jordan

Assalamualaikum Cinta ~

Lebih kurang 2 minggu yg lalu , aku x ingat sgt tarikhnya yg sebetul2nya ( klau x silap , 8 Oktober 2012 ) ..aku dan rakan2 seperjuangan di Bumi Anbiya' ne bergelar secara rasminya sbg pelajar di Universiti Of Jordan . Alhamdulillah sesangat ya Allah !! ..Setelah pelbagai 0nak dan duri yg kmi lalui , ceh !! hehe .. akhirnya tiba juga saat utk kmi bergelar Mahasiswa di bumi Anbiya' ini ..Sebelum ne mcm2 berita yg kmi terima psal isu2 yurn d cni ..Memang amat tersentap sedikit bila kata putus ' Duwali ' di berikan ..Tp , Alhamdulillah ..berkat d0a dan Kesabaran ,..serta usaha gigih pihak EMJ ( education malaysia jordan ) , akhirnya pihak Jamiah sudi memberi kmi yurn Mawazi , iaitu yurn yg agak kurg sedikit dari Duwali ..ckit je laa ..Kesian jgak mak ayah kat Malaysia , nak tanggung pengajian kit0rg kat cni ..bukn alang2 tuu ..huhu ..biarpun d0rg sanggup n mampu sekalipun , tp sebagai anak kte mesti x nak mereka rasa terbeban kan ..aq teringat plak , ayah aq pnah ckap kat aq .. " Kalau anak ayah nak belajar , ayah sanggup keluarkan duit byak2 " ..hmm2 , terharu seyyhh aq ..huhu ..

Begitulah Ibu Bapa , sanggup buat apa sje utk kte ..walaupun mereka x tonjolkan ..tp , apa la jasa2 yg kte pnah buat kat d0rg ???  Umi , Ayah ..Maafkan salah dan silap kakteh ..terkasar bahasa , terlawan kata ..itu sume x bermaksud dr hati ...anakmu ini mmg byak sifat buruk , Ego melebih ..Tp aq akan cube melakukan penghijrahan dlm diri aku ..

ok2 , terlari tjuk plak aq kan ...huhu ..smpai cni je lah Entry kali ne ..



Ah , tu diaa .. Mahasiswi UJ tgah sign k0ntrak , hehe :)



Gelagat2 sewaktu di tempat pendaftaran ..
Ok bye !! muah2 ..